Images

Hari Raya Jatuh Pada Hari Khamis

Sekarang ni aku update blog kalau ada event-event besar je. rasa cam malas dah update blog. Kesian kat readers2 aku semua. hehehe. nak wat camne, malas nak update. doa2kan lah aku punye semangat datang balik nak update blog.

mana ada raya hari khamis! o0o0o0o puasa banyak alasan. gastrik la period la tak sahur la raya nak cepattt. hahaha. berikut penerangan bahawa insyaallah hari raya aidilfitri 2010 jatuh pada hari Jumaat 10/9/2010.

"Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul." "Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah." (berita harian)

Lagipun apa salahnya puasa lebih sikit. boleh menebus keburukan kita yang lalu. ye dok?



Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Kepada keluarga, rakan2, readers dan seluruh umat islam yang merayakannya.
"Rayakan Kemenangan, Hidupkan Kesyukuran"
Images

ramadhan al kareem


awal rahmat, pertengahan pengampunan dan akhir terselamat dari azab api neraka.

Ahlan ya ramadhan. Alhamdulillah masih sempat dipertemukan dengan ramdhan kali ini. pejam celik dah kembali ke mega sale of ibadat. senang je nak dpt ganjaran in this month. seperti tahun baru, ramadhan kali ini juga perlu ditetapkan azamnya. moga ramadhan kali ini tidak seperti ramadhan 2 tahun lalu yang sia-sia.

Selamat berpuasa untuk semua. Malam solat tarawikh pagi jangan lupa sahur. semoga dipermudah segala urusan kita di bulan mulia ini.
Images

famous amos femes!

tiba-tiba keluar pasal isu famous amos yang femes kat facebook kebelakangan nih. bukan sekali aje, sebelum2 ni pun dah banyak kes2 orang menghina dan mengutuk.

yang pertama, bukan sahaja agama islam walhal agama lain juga tidak membenarkan penganutnya menghina atau mengutuk sesama sendiri apatah lagi mengutuk mereka yang tidak sefahaman dengan agama tersebut. selain itu, adat melayu sendiri juga terkenal dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan mementingkan kesepaduan. di malaysia, untuk mengekalkan persefahaman kaum juga menuntut setiap rakyatnya menjaga sensetiviti dan menghormati budaya dan adat kaum masing-masing

yang kedua, sebenarnya rakyat telah diracuni dengan slogan negara demokrasi yang sebenarnnya tidak seratus peratus dipraktikkan di negara berdaulat ini. kebebasan bersuara hanya di atas kertas dan bukan secara praktikalnya. oleh kerana itu, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus kedana. rakyat tiba-tiba jadi sensitif dengan isu yang kecil dan remeh dan tidak pada perkara yang sepatutnya memerlukan penglibatan mereka. tidak ada lagi pejuang yang ingin berjuang dan tiada rekrut baru yang dapat membentuk satu angkatan melaungkan kebebasan bersuara.

yang ketiga, kalau rakyat boleh bersatu menentang dan mengutuk sikap peribadi orang lain mengapa tidak salurkan kekuatan ini untuk menuntut hak dan masa depan yang lebih jelas dan stabil?

ini semua salah siapa?