Images

lain dari biasa

korang normal jika ternampak perubahan pada blog aku ni. sekarang ni lebih trendy, sedap mata memandang, simple, sidebar lebih tersusun rapi untuk keselesaan para pengguna.

dah lama aku nak tukar background blog aku nih. cuma tak menyempat. seperti korang tahu aku dah abes exam an. masa nih orang2 cam aku nih, kena tunggu result dulu baru boleh balik ke tanah air. so nak dijadikan cerita adalah masa untuk aku menyempurnakan hajat diri yang sekian lama terpendam. malam tadi tak tidur kot edit dan siapkan semua.

masih lagi guna nama emansipasi. blog nih dibahagikan kepada beberapa bahagian. header, body, footer dan side bar. biar aku tekankan pasal sidebar je, malas aku nak cerita pasal benda lain. korang pun dah tahu kan?

side bar:
1) share : sila lah share blog aku yang menarik nih
2) suka-suka : semaikan sikap korang yg suka2 je tekan
3) post semasa : untuk baca 5 post yang terbaru
4) post lama : banyak cerita menarik kat blog aku nih. tak caya tekan la
5) tukang tengok : a.k.a follower la
6) kepala batu : siapa lagi kalau tuan punya blog ni
7) nota cinta : cari jodoh, berkenalan, jejalan, promote. semua kat sini
8) label : terbaru!
9) logo Gb : klik la utk join

Images

Selesai Ujian Dunia

Syukur! tamat sudah segala exam, ujian, peperiksaan dan swaktu dengannya! Aku kini bebas! nak ajak keluar? jom!!! ahahaha...

Secara umumnya tahun 2 nih aku jatuh teruk. Prestasi menurun, konsentrasi terganggu. secara hakikinya aku tak tahu sebab apa aku sangat teruk tahun nih. ada beberapa sebab yang boleh disenarai pendekkan untuk aku perbaiki pada tahun depan.

bayangkan dalam satu semester tuh kau boleh tak tahu sebijik apa yang kau patut belajar! apa fungsi kau belajar? untuk ilmu kah untuk exam kah? untuk semester 4 nih, secara rekodnya aku telah mendapat markah terteruk dalam seumur hidup aku. dalam kelas blur2 sahaja. kuliah kadang2 ada kadang2 takde. dan perlu cover lebih 70 tajuk dalam masa sebulan. boleh buat aku jadi gila.

Syukur! semuanya berjalan lancar. masih memohon dan memohon pada Ya Rabb moga ada peluang untuk aku berjaya dengan cemerlang tahun ini. tahun depan? perlu usaha lebih dari ini!

p/s; doa untuk kejayaan kau dan aku
Images

ada kuasa meramal 20 tahun akan datang

kalau kau 10 tahun maknyanya boleh tahu macam mana masa umur 30 tahun. kalau umur 40 tahun boleh tahu macam mana masa umur 60 tahun. hebat bukan? tengok dia ramal aku 20 tahun akan datang.

wa kacaknyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

ahahhaa...kacak kan? alah malu nk mengaku pulak! kalau nk tahu macam mana diri kau umur 20 tahun akan datang. buatlah kat sini

selamat mencubaaaaaa....

p/s; last paper esok. doakan aku!