Images

Selamat Pulang Siang !



bunyi angin ketenangan
memerangkap gegendang telinga
membuka mata 
menunggu kau pulang

hari ini semacam tenang
tiada bunyi dera dera kilat
memukul awan, memuntah titis titis air
langit lapang menerima tusukan
cahaya matahari keindahan





dengar kata ibumu
ada waktu yang perlu kau faham
bila masa kau perlu pulang

bukan menghalau kau pergi
apatah lagi bertukar ganti
tapi kau harus pulang
kerana esok 
kita hendak bertemu lagi

Selamat Pulang Siang !


p/s: Apapun yang kita buat, paling kuat mesti datang dari hati


Hafeez Darraji


Images

Buruk

bagaimana huruf huruf itu ditakdirkan bertemu?
membentuk satu perkataan, satu frasa yang indah
paling tidak ada unsur humor yang buat manusia ketawa
selebihnya buat manusia suka dengan segalanya


sebab penulisan aku buruk...


p/s: inferior membaca blog manusia hebat di luar sana. informative. addictive.
 kalaulah aku pemilik setiap kata kata itu... Itu selfish pula!


Hafeez Darraji



Images

Doa yang kita minta & Kelahiran


"doa yang kita minta"

rupa rupanya banyak yang buruk
berbau bangkai dan terikat resah
duri panjang menjalar
diselaput api menyala merah
bunyi bunyi dosa gempak gempita

jalanlah, keluarlah
biar 1000 tahun tetaplah
perlahan lahan biar merangkak
asal tidak kali ke dua

xxx


"kelahiran"

raksa raksa tulang
naik lagi seinci
langkahan tirus
bertambah lagi sekaki
kematian sudah mendepa
tunggu masa mendakap erat



Selamat Hari Jadi kepada aku. Syukur! Kelahiran atas kelahiran.

Cinta Allah yang satu. Cinta mak ayah membawa ke syurga. Cinta manusia sekeliling menyemai kasih. Syukur. Terima kasih atas perkongsiaan rasa cinta. Nikmat mana yang mahu didustakan. Semoga kelahiran akan datang lebih baik #13October2012


p/s: Selamat Hari Jadi kepada insan bertuah Akid dan Aqil. Moga dalam naungan Allah selalu, beroleh kejayaan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aminnnnn...


Hafeez Darraji