Images

.::Nihilism::.


pagi buta
tekak perit
lidah sakit
sejuk pagi
kalau nikmati bersama
teh segar
ahhh nikmatnya!!!
lalu punat biru ditekan
keluar cahaya jingga berfungsi la alamatnya
duduk mencangkung
sabar menuggu
sambil cawan terisi
gula dan uncang teh di tangan

cinta ibarat teh,
uncang bila lemas dalam air, terus tersebar hikmat warna manakala gula dan susu jadi penyedap rasa, semut mengundang bahana. jauhi yang bahana itu.

pagi buta
karangan thesis ini
masih menjadi persona mata
bila, siapa, bagaimana, di mana???
tanya tuannya sahaja
dunia mudah
kalau kau menangguh
diakhirnya pasti terkumpul
macam pagi buta
lama-lama
sejuknya menggila

p/s: semi-conscious

pagi buta & sejuk,
aphids
Images

.::bila kanan dan kiri semuanya ais batu::.

sejuk itu satu nikmat
bagi mereka yang inginkan ketengangan
bagi mereka yang hidup di habitat kemarau.
tapi bagi aku tidak.
bila dah sejuk
adik pulang,
menyukarkan pergerakan,
jadi fobia pada tandas,
terperap dalam bilik bagai orang gila,
tidur aktiviti utama,
makan jadi pengikutnya
dan kekuatan manusia kini
terletak pada keberaniaanya.
dan kalau kau bangga
dengan baju2 yang tebal di tubuh
cuba kau tanggal semua
kenakan baju pagoda
dan jalan ke seluruh sempadan.
apa lagi yang aku mampukan
risiko bil yang tinggi
memadam niatku utk memakai pemanas
dan apa lagi yang aku mampu lakukan
jika tidak
tidur seharian...

p/s: exam da dekat da nihh!!!

mesir sejuk,
aphids
Images

.::inskripsi berbobot::.

hari ini permulaan tahun baru. semua pun kecoh memasang azam tahun baru masing-masing.
bagi aku sendiri apa guna azam baru setiap tahun, bak kata englishman "why wait till tomorrow if you have today", tapi mungkin satu tempoh diperlukan untuk melakukan anjakan itu. Dan selalunya semuanya bermula dari satu, jadi bulan baru atau tahun baru barangkali masa yang paling sesuai.
untuk diri aku sendiri, aku tidak memasang niat yang banyak setiap kali tahun baru tetap misi yang lama tapi cara pembawakan yang baru. kerna bagi aku sendiri setiap hari ada azam-azam baru muncul untuk direalisasikan.
2009, 12 bulan, 53 minggu, 365 hari, 8760 jam, 525600 minit, 31536000 detik yang berlalu dengan segala rasa yang berbaur dengan jatuh dan naik dengan menang dan kalah semuanya itu tak perlu di peduli lagi, yang silap jadikan pengalaman yang baru hadapi saja dengan senyuman. buka mata untuk 12 bulan, 53 minggu, 365 hari, 8760 jam, 525600 minit, 31536000 yang akan datang, "kerana semalam hanya pengalaman, esok yang engkau sendiri tak pasti tapi hari ini dan setiap hari adalah penentu kejayaan siapa kita"...

p/s: semakin hari semakin sayang

sahut cabaran 2010,
aphids