sayang
itu perasaan
rasa hati yang paling dalam
untuk kamu.
cinta
itu kamu
jiwa yang aku ingin selalu
Hafeez Darraji
Thursday, July 25, 2013
Saturday, July 20, 2013
Kasanova #2
aku masih lagi seorang lelaki
memandang wanita sepenuh berahi
lenggang lenggok punggung menari
mencari sebab untuk menyanyi
berduet lagu
atau sekadar
mengisi kosongnya hati.
Hayati.
Hafeez Darraji
memandang wanita sepenuh berahi
lenggang lenggok punggung menari
mencari sebab untuk menyanyi
berduet lagu
atau sekadar
mengisi kosongnya hati.
Hayati.
Hafeez Darraji
Thursday, July 18, 2013
Move On.
semua gambar yang pernah terpotret
dan setiap bukti kita pernah bersama
telah aku jamukan pada api yang lapar
kenyang tanpa sedikit pun berbaki
saat aku fikir tidak mampu melupakan kamu
dia datang memberi cinta yang baharu.
Hafeez Darraji
dan setiap bukti kita pernah bersama
telah aku jamukan pada api yang lapar
kenyang tanpa sedikit pun berbaki
saat aku fikir tidak mampu melupakan kamu
dia datang memberi cinta yang baharu.
Hafeez Darraji
Friday, July 12, 2013
Rindu
aku pilih untuk pejam mata
menghilang seketika dari permainan ini
dalam sela masa kita berjauhan
pada ingatan yang tak pernah berhenti
seumpamanya
kau bawa separuh dari aku pergi.
Mati.
Hafeez Darraji
menghilang seketika dari permainan ini
dalam sela masa kita berjauhan
pada ingatan yang tak pernah berhenti
seumpamanya
kau bawa separuh dari aku pergi.
Mati.
Hafeez Darraji
Sunday, July 7, 2013
Cinta
bentaklah jiwa dalam goyah
saat cinta kita jatuh cedera luka
sapu demi sapuan segala jenis penawar
kita kembali erat menatap muka
tahulah cinta aku tetap teguh
memeluk kasihmu mengota janji
selamanya kita tak akan berhenti mengejar pelangi.
Hafeez Darraji
saat cinta kita jatuh cedera luka
sapu demi sapuan segala jenis penawar
kita kembali erat menatap muka
tahulah cinta aku tetap teguh
memeluk kasihmu mengota janji
selamanya kita tak akan berhenti mengejar pelangi.
Hafeez Darraji
Friday, July 5, 2013
Pelat #4
maksud redha kita terima ketentuan dengan hati terbuka.
kalau terlalu exaggerate dan tenggelam dalam emosi
nanti kita lemas dan tewas.
bahasa mudah: setiap kali kecelakaan berlaku, buat rilek je.
bahasa omputih: The thing is, shit always happen to me but i was like 'oh, okay'
Wednesday, July 3, 2013
Rusuhan Mesir #30Jun
Selain di Tahrir Square,Cairo; rusuhan oleh kumpulan Tammarud (anti morsi) juga berlaku di Mansoura (2 jam dari Cairo). Kali ini penentangan yang diberikan oleh anti Morsi semakin hebat dan berlarutan di bandar bandar lain seluruh Mesir.
Rusuhan di sini berlaku kerana provokasi yang dimulakan oleh kumpulan Tamarrud yang menganggu perhimpunan Tajarrud (Ikhwanul Muslimin), di hadapan Stadium Universiti Mansoura.
2 tahun sebelum ini ketika proses menggulingkan regim Mubarak (25 january) tidak pernah berlaku rusuhan seperti ini di kawasan stadium Universiti yang ada hanyalah di Muhafzah (kawasan bangunan kerajaan).
Buat kali pertama rusuhan berlaku di kawasan ini (rata rata kediaman pelajar Malaysia), di mana ianya berlarutan dari selepas maghrib hingga jam 1200am waktu Mesir dimana pihak tentera Mesir yang tiba berjaya meleraikan rusuhan dengan menembak gas pemedih mata ke udara.
Buat kali pertama rusuhan berlaku di kawasan ini (rata rata kediaman pelajar Malaysia), di mana ianya berlarutan dari selepas maghrib hingga jam 1200am waktu Mesir dimana pihak tentera Mesir yang tiba berjaya meleraikan rusuhan dengan menembak gas pemedih mata ke udara.
Namun begitu, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana kebanyakan pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk tetap berada di rumah dan tidak terlibat dengan mana mana kumpulan rusuhan.
Berikut video ketika rusuhan berlaku;
#prayforegypt
Tuesday, July 2, 2013
Jodoh
gelap mahu terang
aku laung namamu
dalam serak serak suara
jadi isi dalam doaku
supaya satu hari nanti
kau bisa sahut lalu mampir rapat
Hafeez Darraji