Monday, December 31, 2012
2013, Aku Datang !
Syukur !
Sudah tertutup tahun 2012, dan hey tahun 2013 aku datang !
Sepertimana di awal tahun penuh kegembiraan bersama kawan dan keluarga, pengakhiran 2012 ini lebih bermakna. Walaupun keadaannya tidak sama, tetapi kemanisan itu berganda. Mari ramai ramai, 'puji dan syukur pada Illahi, anugerahNya tiada terhingga...'
Kamu tahu tahun 2012 ini tahun kegemaran aku, segala pengalaman dan sentuhan orang orang sekeliling memberi pengajaran, membawa aku ke ruang yang kurang aku gemari iaitu kedewasaan ;D
'It doesn't matter how fast you are going, as long as you are making progress.'
Progress.2012?
Satu benda yang paling aku bangga.
Pokoknya walau kita hidup pada dunia yang sama, walau kita menerima kegembiraan ataupun dugaan yang sama tapi kita mendapat dan belajar sesuatu yang berbeza. Apa yang lebih baik daripada memberi yang terbaik untuk diri sendiri? demi kepuasan peribadi.
Letaklah tujuan dalam hidup sendiri. Tidak kira susah atau senang kita pasti mampu terus 'survive' jika punya tujuan. Realisasikan tujuan dan yang lain akan datang dan tiba dengan sendirinya.
Apakah tujuan hidup yang sebenarnya? Cinta? Kahwin? Lepak? Berseronok? Belajar? Kerja?
Bagaimana kita mengatur perjalanan untuk mencapai impian atau perkara yang sudah lama kita impikan?
Menggapai dan merealisasikan setiap 'childhood dream' satu masa dahulu.
Bagi aku itu perkara terpenting.
Bagi aku itu perkara terpenting.
Aku? Selalu mengimpikan di awal alam pekerjaan masih terus gagah memegang status bujang, punya rumah dan kereta sendiri, berjogging di taman setiap pagi hujung minggu dan bersarapan dengan ditemani tompok tompok peluh pada baju. antaranya.
Aku percaya, kalau kita beri ruang dan peluang kepada diri sendiri sepenuhnya satu masa nanti kita tidak akan pandang masa silam dengan sia sia. Perjalanan masa depan selari seperti yang kita idamkan ditambah lagi kejutan yang hadir pada setiap perjalanan itu. Tiada kata dapat menggambarkan situasi itu nanti
Tujuan sudah dipenuhi,apa lagi yang kita mahu?
Teruskan mencari kegembiraan dan kebahagiaan bagi diri kalian. Aku sentiasa doakan kamu, kamu dan kamu yang dirundum duka akan beransur pulih dengan kemolekan yang lebih bahagia. Tapi kalau hati kalian masih lagi kosong walaupun banyak kegembiraan di sisi, tanyalah diri kalian samada kegembiraan itu palsu atau berpura pura. Berhati hati jangan sampai terperangkap.
Abadi pada Tuhan
Persembah pada bonda berdua
Masyhur buat kekanda dan adinda.
Assalamualaikum 2013.
p/s: Terima Kasih kerana terus membaca :)
salam kasih,
Hafeez Darraji
Friday, December 28, 2012
Pemuja Rahasia
manusia asing
"ahhhhhhhhh..."
terus menjadi kegilaan
rakus mahunya nafsu
cukup sekadar penulisan itu
dunia aku seakan berputar
terkedu, seolah benar
kau berkata padaku
memiliki tahu mustahil
cukup sekadar kau tahu
dalam angka tidak tahu
aku nombor satu
tetap dan selalu
p/s: Your #1 fan
Hafeez Darraji
"ahhhhhhhhh..."
terus menjadi kegilaan
rakus mahunya nafsu
cukup sekadar penulisan itu
dunia aku seakan berputar
terkedu, seolah benar
kau berkata padaku
memiliki tahu mustahil
cukup sekadar kau tahu
dalam angka tidak tahu
aku nombor satu
tetap dan selalu
p/s: Your #1 fan
Hafeez Darraji
Monday, December 24, 2012
Wad Orang Gila
jauh di satu sudut
satu tubuh duduk terjatuh
bergelak ketawa mengilai
menunjuk nunjuk dengan jari
aku terkesima
terbit rasa kasihan
terangkat pada pemikiran
meneka neka cerita
pokoknya
kita semua sama
hanya orang seperti dia
berbeza. gila
aku tak gila
mereka yang gila
masukkan aku ke sini
p/s: kalau kau rasa 'hidup itu indah' adalah sesuatu yang gila, panggil aku gila.
Hafeez Darraji
Saturday, December 22, 2012
Kopi Masa Depan
aku cuba
mengukir masa depan
buang lelah kerja
parkir mazda rx8 di tepi jalan
melangkah masuk ke satu kedai
berbau haruman kopi
bunyi biji biji dikisar
jari menunjuk satu
pesankan cappucino
dan sedikit manisan
bersandar pada kerusi selesa
memegang cawan putih
menghirup butir butir panas
melihat di balik dinding kaca
pada jalanan, manusia
atau apa apa
tersenyum seorang diri
bangga dengan jalan yang aku pilih
perfect moment!
satu hari nanti
aku mahu
Hafeez Darraji
Friday, December 21, 2012
Iman
yang paling penting itu perkara iman
iman itu lebih penting dari duit
iman itu lebih penting dari rumah
iman itu lebih penting dari kenderaan
kalau mati tiada duit
Allah tak marah
kalau mati tiada rumah
Allah tak marah
tapi kalau mati tiada iman
bagaimana?
Masalah !
ada iman sebesar zarah
Allah hargai dengan sepuluh kali besar dunia
bertanya para sahabat
"Bagaimana kami hendak perbaharui Iman?"
Rasulullah menjawab
"Perbanyakkan menyebut Lailahaillallah"
- dunia sementara, akhirat selamanya
Hafeez Darraji
iman itu lebih penting dari duit
iman itu lebih penting dari rumah
iman itu lebih penting dari kenderaan
kalau mati tiada duit
Allah tak marah
kalau mati tiada rumah
Allah tak marah
tapi kalau mati tiada iman
bagaimana?
Masalah !
ada iman sebesar zarah
Allah hargai dengan sepuluh kali besar dunia
bertanya para sahabat
"Bagaimana kami hendak perbaharui Iman?"
Rasulullah menjawab
"Perbanyakkan menyebut Lailahaillallah"
- dunia sementara, akhirat selamanya
Hafeez Darraji
Thursday, December 20, 2012
Duka
Pasti kau tertanya tanya kenapa duka kau tak pernah berakhir. Bukan? sedang berbaring hendak tidur dan juga bangun pagi kau jatuh dalam kedukaan yang sama. Setiap kali masa lapang, masih jatuh dalam kedukaan yang sama. Tidak ada peluang untuk lari dan berlari. Walaupun kau cuba buang perasaan itu jauh jauh, berdoa itu ini, merayu dan mengadu acapkali, kau masih dan terus jatuh dalam kedukaan yang sama.
Kau mengeluh bertanya bila semua ini akan berakhir dan menyakinkan diri yang semua itu akan berakhir satu hari nanti lalu meneruskan hidup seperti biasa dengan ketawa dan senyum yang kau reka sendiri. Kekadang kau merasa sesal dengan kedukaan itu dan berharap semua itu tidak pernah berlaku sejak dari awalnya dan tetap menyakinkan diri dengan pujangga pujangga asing dan kitab kitab suci wahyu Nabi. Tapi selepas itu kau tetap jatuh, jatuh dan jatuh dalam kedukaan yang sama.
Kau mengeluh bertanya bila semua ini akan berakhir dan menyakinkan diri yang semua itu akan berakhir satu hari nanti lalu meneruskan hidup seperti biasa dengan ketawa dan senyum yang kau reka sendiri. Kekadang kau merasa sesal dengan kedukaan itu dan berharap semua itu tidak pernah berlaku sejak dari awalnya dan tetap menyakinkan diri dengan pujangga pujangga asing dan kitab kitab suci wahyu Nabi. Tapi selepas itu kau tetap jatuh, jatuh dan jatuh dalam kedukaan yang sama.
Apa yang kau perlu/mampu lakukan adalah berdiri, berjalan, dan berlari mengikut kesesesuaian masa. Bergaul, bersosial lebih sedikit dari biasa. Makan dan minum secukupnya. Beribadat sepuas puasnya dan menikmati hidup dalam gerakan takdir yang sempurna dengan redha yang memenuhi setiap aliran darah.
Untuk melihat pelangi yang indah itu kau perlu menikmati hujan lebat dengan guruh dan kilat yang menjadi takut manusia.
Untuk melintas jalanan kau perlu berani menghadapi gertakan kenderaan berbahaya
Untuk mendapatkan pedang yang tajam kau perlu merasa bahang dan lecuran api membara
Untuk memiliki mutiara selamlah ke dasar lautan yang bergelora
Untuk mendapatkan syurga kau perlu diuji dan merasai ujian seperti mana umat terdahulu pernah melaluinya
Akhir sekali, aku doakan moga gembira dan bahagia menjadi asset dalam dakapan pada suatu masa.
p/s: Wahai manusia yang berduka, moga semuanya baik baik sahaja :)
Hafeez Darraji
Wednesday, December 19, 2012
POSED - Atas Kelahiran Medium dan Fanzine
Aku terpanggil untuk memuji usaha beberapa orang manusia yang bersemangat dan sudi meluangkan masa untuk menyediakan medium dan ruang untuk manusia marhaen memberi/berkongsi/bercerita tentang bakat atau cerita yang mereka punya. "Pisau kalau tidak diasah berkarat". Begitu juga dengan bakat, tanpa asah lama lama dahiat. Secara tidak langsung ruang dan medium ini mengaktifkan ruang kreativiti pada otak kanan yang selalu curi tulang dan malas malasan.
Aku suka kalau sajak dijadikan sebagai satu wadah bacaan yang menarik buat penggemar sastera ataupun bukan. Cuma beberapa perenggan, yang kau boleh baca di mana mana walhal dalam tandas sekalipun (bergantung pada penulisan). Atau mungkin curi masa membaca ketika Professor berkata 'take five' dalam lecture yang 2 jam lamanya.
Medium ini sekaligus memberi idea untuk aku menulis karya karya baru. Memandang atau berteka teka dengan pengalaman orang lain membantu aku untuk menghasilkan karya yang segar dan menarik. dan maafkan aku, bukan niat aku untuk memilih bulu tapi aku selalunya 'like' atau 'komen' karya karya yang menarik minat aku. Sesuatu yang di luar kotak kebiasaan dari kelaziman yang biasa manusia lalui, dan yang bagus tentunya (dari sudut pandangan aku).
Tapi aku patut ucapkan tahniah atas usaha usaha marhaen sekalian menyumbang dan berkongsi bakat mereka di medium ini. Pada aku mereka ini seperti benih yang dicampakkan pada tanah, sedikit demi sedikit bercambah dan akhirnya menjadi satu pepohon yang akan memberi kebaikan kepada manusia/hidupan sekeliling. Pujian pujian seharusnya diberikan kepada mereka, supaya sedikit demi sedikit karya mereka dapat diangkat ke peringkat yang seterusnya.
Tahniah kepada Kuchai dan Fazlina atas idea mereka. Tahniah kepada semua penyumbang karya. Moga kita dapat jadikan sajak sebagai satu wadah bacaan yang utama dan cara baru untuk mencuri hati orang yang kita sayang *WINK
p/s: berkenaan penulisan/karya aku ianya terlahir dari pengalaman aku sejak aku lahir lagi dan terlahiirlah karya yang sebegini. aku suka elemen suprise dan misteri dicampur adukkan dalam hidup/karya aku. aku lebih suka kalau satu satu karya tuh bebas untuk dikaitkan dengan kehidupan pembaca tanpa perlu ada penyesuaian cerita dengan aku, tapi baseline dia tetap sama, pembaca dan penyajak pernah 'merasa'. Mungkin aku juga terlalu berhati hati pada karya aku. Mungkin
Hafeez Darraji
Sunday, December 16, 2012
Soalan
aku cuma ada satu soalan yang dah lama bermain di fikiran. Mungkin soalan nih kita sendiri lupa atau mungkin tak tahu atau mungkin tak ambil kisah. Soalan aku berbunyi begini:
"Adakah dari siku ke pergelangan tangan bagi satu satu perempuan itu adalah sebahagian daripada AURAT mereka?"
jawapan : bukan aurat kalau dia mak ,kakak , adek atau bini, kau. (anon)
p/s: aku tahu aku bukan kuat agama sangat pun. Kalau kita tidak tahu, inilah masanya untuk belajar dan ambil tahu. Wallahualam.
Hafeez Darraji
Saturday, December 15, 2012
Erti
mata buka tapi jasad membungkam
meleleh payah air sesak terhalang
berlari lari anak
menyingkap destinasi bermuda
tidak pernah ketinggalan
menyaksikan detik detik indah
buat dua merpati sejoli
ulang tahun bebas yang entah ke berapa
si poyan gentar mengira untung
penegasan kira kira angka
berpuluh beratus beribu
rugi yang berpailang
kalau nanti tidak bertukar tangan
kelak ada kebaikan
saat tangan menyeluk poket
kalau tidak intan mungkin berlian
pada pohon berbuah lebat
lebih baik dari yang lain
p/s: nasihat aku, jangan berharap sangat. sebab harapan itu sangat merbahaya, silap silap boleh merosakkan akidah. Be OPTIMISTIK itu yang lebih baik dan sebaik baiknya.
Kudoss,
Hafeez Darraji
Thursday, December 13, 2012
Fight
Most people don't experience the life of their dreams simply because they quit way too easily. Not giving up on your dreams also means to be smart however. You can try all you want but if you're taking the wrong set of actions, you're not going to get very far.
Life is going find way to test you. At times, you may feel that life is unfair. The urge to quit during these times are the highest but don't give in. Whatever your dream is, if it's important to you, then fight for it. Just remember that there is more than one way to achieve your dreams. If one way doesn't work, just change your strategy. Never giving up doesn't mean you keep doing the wrong things over and over, it means to be smart and figure out the correct actions to take and then taking them until you achieve your dreams.
p/s: We are still young, and young people don't have any real problems
adios,
Hafeez Darraji
Wednesday, December 12, 2012
Reversible
Hidup atas dunia yang sangat mencabar ini, buatlah apa sahaja samada yang baik atau buruk ianya tetap betul. apa keperluan dan kehendak yang hendak dicapai? Target dan goal yang telahpun disasarkan sejak bertahun dulu mahu dipadam begitu sahaja?
Sudah tentu keperluan dan kehendak antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Lelaki lebih kepada diri sendiri dan sumbangan mereka kepada masyarakat sekeliling. Kepuasan dicapai dengan kejayaan atas segala usaha mereka terhadap perkara perkara itu. Manakala perempuan lebih kepada bergantung, memerlukan tempat mencurah dan menerima kasih sayang dari jantina yang sama atau yang berlawanan dengannya. Menerima balasan hasil pemberian kasih sayang itu sudah cukup untuk beri kepuasan atau kegembiraan kepada mereka.
Lelaki bila dah obses, sesiapa atau apa apa tak akan mudah untuk menghentikan mereka. Duduk dalam gua berjam jam, proposal kena reject then masuk balik dalam gua, orang kata anti social pun lantaklah. Asalkan mereka tahu dan suka apa yang mereka buat, so it is worth of time to spend on. On a research, about 50% of successful men, they don't have any girlfriend/partner till age of 35.
Tapi aku tak hairan kalau ada perempuan yang lebih obses kepada goal mereka. Mereka letak tepi sifat natural/fitrah seorang perempuan seperti aku sebut di atas dan They stay on "priority is priority, never make it secondary". Mungkin ada sebab tersendiri untuk mereka obses, dan bukan subjek obses mereka yang aku kagum tapi determination untuk perkara yang mereka obses itu. Itu buat aku kagum, dan mereka layak menerima respek daripada aku lebih dari orang lain.Tapi kalau dah ada keluarga tapi still obses tak ingat, itu major turn down !
p/s: it is gonna be easy when you don't have to choose.
Hafeez Darraji
Saturday, December 8, 2012
Rules 3 Bulan
Rules 3 bulan telahpun sebati dalam hidup aku sejak sekolah menengah lagi. habis tingkatan 3, berbekalkan keputusan PMR cemerlang aku ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Terus terang aku bukan jenis manusia yang mudah adapt dengan situasi baru. Jadi bangun seawal 500pagi, nak mandi dan makan kena beratur, habis sekolah ada prep sampai ke malam bukanlah rutin yang aku suka.
Dan pernah aku berputus asa untuk berhenti dan keluar dari SBP, lepas sedikit terapi bersama mak ayah aku nekad untuk bagi masa 3 bulan kat diri sendiri. Kalau lepas 3 bulan aku masih tak suka duduk SBP, aku nak keluar! tapi 3 bulan kemudian aku semakin selesa, jadi aku berjaya tamatkan persekolahan sampai ke tingkatan 5 di SBP.
Begitu juga kalau aku rasa down dengan workout aku. Workout macam orang gila, sampai nak tercabut tangan tapi badan takde sikit pun bayang nak besar macam The Rock. Then aku apply balik rules 3 bulan kepada diri sendiri. In Progress...
After aku putus dengan seseorang which is perempuan lah of course, aku bagi 3 bulan tempoh aman / calm down before kenal or jatuh hati dengan perempuan lain. Tempoh aman / calm down nih bagi masa kat aku untuk berfikir sebaik baiknya dan secara tak langsung respect perasaan perempuan tuh.
Nak main permainan 3 bulan ini tertakluk kepada terma dan peraturan seperti berikut:
a) 3 bulan. NOT LESS, NOT MORE
b) Kalau dalam 3 bulan tuh masih belum ada apa apa perubahan maknanya aku masih belum usaha secukupnya.
c) Dalam sesetengah perkara yang penting, even sebelum tempoh 3 bulan itu tamat dan ada something good happens, aku masih belum boleh terus stick kepada good things itu. Makesure habis 3 bulan ( see (a) ), baru decide. Aku tak pernah rasa rugi sebab aku tahu kalau aku hilang good things tuh sekalipun, Tuhan akan replace that good things dengan sesuatu yang lebih baik.
d) Rules 3 bulan ini applied for all situation and condition.
p/s: if you don't like the rules than break it, make your own rules !
Hafeez Darraji
Thursday, December 6, 2012
Greatness
aku ada satu diari (bukan diari sangat pun lebih kepada organizer, sebab diari untuk perempuan je :D) yang aku percaya salah satu benda penting yang wajib ada untuk diri aku. itu dulu. tapi kepercayaan aku itu terbantut sampai ke matrikulasi sahaja, keluar matrikulasi aku percaya smartphone lebih compatible dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Jadi, aku berhenti membawa organizer ke mana mana dan angkat satu smartphone yang pasti akan aku bawa ia ke mana mana.
cukup cerita smartphone, kita fokus pada cerita diari/organizer tadi. dalam diari/organizer tuh banyak menceritakan tarikh tarikh penting dalam hidup aku dari tingkatan 3 sampai habis matrikulasi. dari alam cintan cintun tali kecapi cinta terbang patah hati kemudian kisah ligament lutut kanan aku putus terus ke cerita aku wakil itu dan ini di sekolah, aku pergi conference sana sini di matrikulasi dan achievement sepanjang zaman, target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang dan banyak lagi.
tak perlu aku nak cerita details apa yang berlaku kan, yang aku nak tekankan beberapa target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang tuh. Target tuh aku tulis sejurus sahaja keluar matrikulasi, sementara menunggu tawaran menyambung pelajaran. ada target yang BESAR telah aku tulis. dan sejak dari tarikh itu, hari ini sudah 5 tahun tempoh itu berjalan dan tinggal 5 tahun lagi.
Untuk sekarang ini aku sangat berpuas hati kerana hampir 50% target yang aku sasarkan telahpun tercapai. more or less nak mencapai target/kemahuan itu bukan semudah yang disangka. Hanya aku sahaja yang tahu berapa banyak celaka dah aku temu, berapa banyak mulut laser dah menembak ke muka, berapa banyak lif yang aku ambil kebanyakannya stuck kat tingkat entah berapa dan ada satu satu masa kau rasa kau tidak layak untuk perkara yang kau impikan dan semakin kau cuba berdiri ada satu daya yang menolak kau duduk semula. Itu Hidup.
50% lagi target aku rasa tak realistik untuk dicapai dalam masa 5 tahun akan datang. sebab itu semua realistik untuk dicapai masa aku dah kerja sekurang kurangnya berpuluh tahun nanti. Kata pun target, selalu main tulis je tak pakai otak. Samada kau boleh cabar diri atau tidak. Itu sahaja.
lapuk
p/s: You want to be great? Then have a courage to fail big and stick around. Make them wonder why are you still smiling.
Hafeez Darraji
Wednesday, December 5, 2012
" Will - 2011 "
aku umpama anak kecil
yang diangkat tinggi
di julang ke udara
pada kuat kukuhnya bahu dewasa
riuh rendah semangat menjulang
bunyi pekikan ramai menyorak
masing masing gembira
tapi aku yang paling gembira
meraikan kemenangan indah
kesamaan segala manusia ada
membangkitkan rasa
cukuplah kehidupan ini
dambaan yang lama aku impikan
tidak adil untuk aku menyerah
membunuh semangat menyala merah
menghentikan tawa sorak guruh
memanah di segenap cakerawala
lalu aku di sini
turut terikut sama
menuju kegemilangan
pada jalan yang aku susun
sejak mengenal huruf dan kata
p/s: inspirasi dari filem "Will - 2011". Semangat merah yang tidak akan pernah padam
Hafeez Darraji
yang diangkat tinggi
di julang ke udara
pada kuat kukuhnya bahu dewasa
riuh rendah semangat menjulang
bunyi pekikan ramai menyorak
masing masing gembira
tapi aku yang paling gembira
meraikan kemenangan indah
kesamaan segala manusia ada
membangkitkan rasa
cukuplah kehidupan ini
dambaan yang lama aku impikan
tidak adil untuk aku menyerah
membunuh semangat menyala merah
menghentikan tawa sorak guruh
memanah di segenap cakerawala
lalu aku di sini
turut terikut sama
menuju kegemilangan
pada jalan yang aku susun
sejak mengenal huruf dan kata
p/s: inspirasi dari filem "Will - 2011". Semangat merah yang tidak akan pernah padam
Hafeez Darraji
Sunday, December 2, 2012
Doa
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
bila mana kita bersungguh sungguh meminta
Dia mendengar penuh setia
aduan dan kata yang selama ini dirindui
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
bila permintaan kita masih belum termakbul
kita semakin bersungguh sungguh meminta
kita janjikan kata kata kosong
menjadi manusia paling setia
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
kerna sifat Ar Rahman dan Ar Rahim
dimakbulkan juga permintaan kita
walau Dia tahu kita masih belum bersedia
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
diselitkan hikmah disebalik itu
kalau tidak beroleh kejayaan
diakhir nanti
ada pelajaran yang dapat dimanfaatkan
jangan pernah berhenti meminta.
p/s: jangan biar apa apa dan siapa siapa mengubah siapa diri kita. Kecuali kebaikan.
Hafeez Darraji
bila mana kita bersungguh sungguh meminta
Dia mendengar penuh setia
aduan dan kata yang selama ini dirindui
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
bila permintaan kita masih belum termakbul
kita semakin bersungguh sungguh meminta
kita janjikan kata kata kosong
menjadi manusia paling setia
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
kerna sifat Ar Rahman dan Ar Rahim
dimakbulkan juga permintaan kita
walau Dia tahu kita masih belum bersedia
Dia tahu apa yang kita tidak tahu
diselitkan hikmah disebalik itu
kalau tidak beroleh kejayaan
diakhir nanti
ada pelajaran yang dapat dimanfaatkan
jangan pernah berhenti meminta.
p/s: jangan biar apa apa dan siapa siapa mengubah siapa diri kita. Kecuali kebaikan.
Hafeez Darraji
Friday, November 30, 2012
Siapa ?
bertatih tatih mengenali manusia
bukan dari kulit buku
mahupun cerita dan lagu
hulur tangan mula menyapa
berkongsi jiwa dan rasa
bertikam mati hujah
hingga Hakim menamatkan bicara
p/s: sometimes when people scared they say and do terrible things
Hafeez Darraji
bukan dari kulit buku
mahupun cerita dan lagu
hulur tangan mula menyapa
berkongsi jiwa dan rasa
bertikam mati hujah
hingga Hakim menamatkan bicara
p/s: sometimes when people scared they say and do terrible things
Hafeez Darraji
Sunday, November 25, 2012
Bangkit Palestina
gugur satu persatu nyawa
ego terhidang di meja rundingan
menutup mata tidak peduli suara
gelisah musuh akan kehebatan lawannya
berdiri badan badan longlai
membawa panji panji bangga
menumpas musuh umpama singa
yang meragut kota tanah tumpah darah
tetap terus kita maju
hingga mereka kehabisan segalanya
biar ditolak
kita bangkit melawan semula
kita tidak lemah seperti mereka sangka
bahkan kita ada seluruh dunia
makin maruah kita diniaga
makin bangkit kita menjaja
menyahut takbir memecah angkasa
p/s: bangkitlah untuk saudara kita #prayforgaza
Hafeez Darraji
Friday, November 23, 2012
Lesson to be taught
When I was in secondary school I always thought that, a person who can twirl/spin pen on his fingers is so cool. I decided to give it a try, so i could be cool like them. But you know, how many times I tried yet I still fail to do it. I started to think, maybe only certain people with specific type of fingers will be able to do it. So I stop trying and accept the fact that I'm not cool at all.
One year after that, during my night prep session. While I'm concentrating on my reading, suddenly I grab a pen and try once again. Surprisingly I manage to spin it well. Since that when ever I'm holding a pen and try to spin it I will remember those failure that I've made before.
In life, when i'm having trouble/problems in doing something or stuck at dead end i will always remember this "how to spin pen on your finger" story. Which at first i already knew that i will not be able to make it. I keep on trying until I manage to get it done. and it can always be done!
There is nothing impossible in this world. If others can do it, why can't we?
Hafeez Darraji
Tuesday, November 20, 2012
Team Oomph
OOMPH
meaning :
1. An extra push. An ingredient or a factor that will make something better or perfect.
2. ability to jump or move in great heights.
3. an attractiveness to the opposite sex
4. great
Metro Ahad, 18 November 2012. Team Crossfit Oomph
p/s: If you can't accept losing, you can't win
Hafeez Darraji
Klise Kita
lebat hujan turun
maka ramai bermaki makian
pekat
panas terik menggelegak
maka ramai merengek
hiba
kalau yang turun itu peluru peluru sesat
semburan air najis palat
hujanan bahan kimia
agak agak apa nasib kita?
p/s: #prayforgaza
Hafeez Darraji
Sunday, November 18, 2012
Aku Hadir
alunan merdu yang menari di udara
gobok gobok terisi kitab berkalimah
alas hijau mendekatkan insan yang leka
haruman buah manis mengusik atma
hari ini, ilhamMu
membawa aku bertamu kembali
rindu, terkenang saat saat dulu
rengekan nangis manja duka
kurniaan hidayah dan manisnya bahagia
Aku Hadir!
p/s: mengulang kembali saat saat bahagia bersama denganNYA
Haffez Darraji
gobok gobok terisi kitab berkalimah
alas hijau mendekatkan insan yang leka
haruman buah manis mengusik atma
hari ini, ilhamMu
membawa aku bertamu kembali
rindu, terkenang saat saat dulu
rengekan nangis manja duka
kurniaan hidayah dan manisnya bahagia
Aku Hadir!
p/s: mengulang kembali saat saat bahagia bersama denganNYA
Haffez Darraji
Friday, November 16, 2012
Selimut Bahagia
sehelai selimut yang penuh dengan cerita
pada setiap pelukan memeluk tubuh
pada alas punggung riba
menjadi pelindung pada dentum guruh
menjadi bumbung pada rumah olok olok
duduk berselubung berkongsi mata
kau selimuti kegelisahan ku
dengan material tangan tangan bahagia
p/s: sangat funny bila orang kata "aku maafkan kau" padahal dia yang buat salah/silap.
Belajar jadi humble la manusia!
Hafeez Darraji
pada setiap pelukan memeluk tubuh
pada alas punggung riba
menjadi pelindung pada dentum guruh
menjadi bumbung pada rumah olok olok
duduk berselubung berkongsi mata
kau selimuti kegelisahan ku
dengan material tangan tangan bahagia
p/s: sangat funny bila orang kata "aku maafkan kau" padahal dia yang buat salah/silap.
Belajar jadi humble la manusia!
Hafeez Darraji
Saturday, November 10, 2012
Raut
Wajah ayu depan mata
Raut itukah pilihan jiwa?
Modifikasi masa buat aku lupa
Mungkin tidak lama nanti
Tekapan bayangan sebegitu kan sempurna
Betul betul pada wajahnya
Membisikkan kata jawapan
Itulah dia.
P/s: selamat kembali bonda berdua. Moga selamat sampai membawa pengalaman untuk anakanda
Hafeez Darraji
Monday, November 5, 2012
from spert to sweat
"The cowards never started. The weak died on the way. Only the strong arrived. They were the pioneers." - Schmidt
"If we don't go all out, why we go at all?" - Anon
More than 7 checkpoints and 18 hours journey on the road, 11 hikers, 2,285-metre
(7,497 ft) high, rocky and steep path, less than 2 hours.
(7,497 ft) high, rocky and steep path, less than 2 hours.
Mission Accomplished !
of
Hafeez Darraji
Kehidupan ini banyak tahapnya
telah kualami berbilang masa
Antara kelembutan dan kesesatan
Ada bala tidak mampu membuat aku lara
Ada nikmat tidak membuat aku derhaka
Apapun yang terjadi
Semuanya tidak akan menyesakkan dadaku
Dan apapun telah menimpa
Tidak akan merampas nafasku
~Abdul Aziz, Tahun 51 Hijrah, Khalifah Al Muawiyah
Hafeez Darraji
Friday, November 2, 2012
Ruang Deejavu
Kala sedih
di balas bahagia
tersentak pada fikiran
satu dahulu
menari nari dalam mata
dalam suasana bergembira
p/s: dalam ruang deejavu. 3 kepala dan hembusan jiwa
ekspedisi dua ibu jari !
Jam 0134, Bilik 61, Ekspedisi Crossfit team Oomph
Hafeez Darraji
di balas bahagia
tersentak pada fikiran
satu dahulu
menari nari dalam mata
dalam suasana bergembira
p/s: dalam ruang deejavu. 3 kepala dan hembusan jiwa
ekspedisi dua ibu jari !
Jam 0134, Bilik 61, Ekspedisi Crossfit team Oomph
Hafeez Darraji
Friday, October 26, 2012
Monday, October 22, 2012
Satu Fikir
ada orang yang gayat
sebenarnya...
bukan sebab dia takut tinggi
tapi...
dia takut jatuh
ada orang yang takut laju
sebenarnya...
bukan sebab dia takut kelajuan
tapi...
dia takut accident
ada orang yang takut berenang
sebenarnya...
bukan sebab dia takut air
tapi...
dia takut lemas
ada orang takut bercinta
sebenarnya...
bukan sebab dia takut manusia
tapi...
dia takut kesakitan lama datang lagi
it is how we interprate each problems/obstacle that might come in our way. kannnnnn? jadi mat salleh kejap.
setiap halangan yang akan kita lalui itu bagaimana kita pandang ia, kita mungkin pandang masalah itu sebagai satu sebab perhentian kita, kelemahan yang tak mampu lagi kita atasi. tapi orang lain pandang masalah kita sebagai satu cabaran untuk mencabar kelemahan diri sendiri. Keluar dari ketakutan yang sudah menjadi keselesaan diri, minda kita dan memulakan hidup baru dari satu titik permulaan yang keliru.
something to ponder upon: cuba kalau kita buang tapi... dan ayat yang seterusnya. Lihat bagaimana nanti ia mengubah ketakutan anda kepada satu keberanian.
Sesungguhnya kenikmatan itu bukan datang dengan sendirinya :)
bukankah bricks wall are there to prove how badly we want something ?
p/s: the best way out is to walk through it
Hafeez Darraji
Usik
hendak berkata kata
sudah buat aku ragu
semacam kau dirikan tugu tugu
teguh melindungi tubuh
mungkin prinsip hidupmu
atau kau
sedang menanti seseorang
yang jauh kau masih rindu
adakah punya peluang untuk kau mendarat di hati aku?
p/s: Tuhan juga buat aku berani memimpikan hal yang besar dan aku akan mencuba keras untuk berjuang pada mimpi tersebut. Ya! siapa lagi kalau bukan kamu...
Hafeez Darraji
Sunday, October 21, 2012
Kelebihan
lipis lipis lidah menggubah bait
mengunyah hadam sampai ke halkum
mengepung jerit sampai ke telinga
menyilau pandangan empat mata
nanti jangan sampai tergigit
p/s: bukan salah kau tak paham. hahahaha....
Hafeez Darraji
mengunyah hadam sampai ke halkum
mengepung jerit sampai ke telinga
menyilau pandangan empat mata
nanti jangan sampai tergigit
kalau Tuhan anugerahkan aku kelebihan, aku tidak mahu terbang. sedang berjalan pun aku pernah malas. aku mahu kelebihan untuk memahami manusia. atas alasan kenapa dan mengapa dan tapian yang memenjara. sudah nama pun kelebihan pasti ada kebaikan yang boleh aku dan kita semua perolehi nanti.
p/s: bukan salah kau tak paham. hahahaha....
Hafeez Darraji
Tuesday, October 16, 2012
Selamat Pulang Siang !
bunyi angin ketenangan
memerangkap gegendang telinga
membuka mata
menunggu kau pulang
hari ini semacam tenang
tiada bunyi dera dera kilat
memukul awan, memuntah titis titis air
langit lapang menerima tusukan
cahaya matahari keindahan
dengar kata ibumu
ada waktu yang perlu kau faham
bila masa kau perlu pulang
bukan menghalau kau pergi
apatah lagi bertukar ganti
tapi kau harus pulang
kerana esok
kita hendak bertemu lagi
Selamat Pulang Siang !
p/s: Apapun yang kita buat, paling kuat mesti datang dari hati
Hafeez Darraji
Monday, October 15, 2012
Buruk
bagaimana huruf huruf itu ditakdirkan bertemu?
membentuk satu perkataan, satu frasa yang indah
paling tidak ada unsur humor yang buat manusia ketawa
selebihnya buat manusia suka dengan segalanya
sebab penulisan aku buruk...
p/s: inferior membaca blog manusia hebat di luar sana. informative. addictive.
kalaulah aku pemilik setiap kata kata itu... Itu selfish pula!
Hafeez Darraji
membentuk satu perkataan, satu frasa yang indah
paling tidak ada unsur humor yang buat manusia ketawa
selebihnya buat manusia suka dengan segalanya
sebab penulisan aku buruk...
p/s: inferior membaca blog manusia hebat di luar sana. informative. addictive.
kalaulah aku pemilik setiap kata kata itu... Itu selfish pula!
Hafeez Darraji
Saturday, October 13, 2012
Doa yang kita minta & Kelahiran
"doa yang kita minta"
rupa rupanya banyak yang buruk
berbau bangkai dan terikat resah
duri panjang menjalar
diselaput api menyala merah
bunyi bunyi dosa gempak gempita
jalanlah, keluarlah
biar 1000 tahun tetaplah
perlahan lahan biar merangkak
asal tidak kali ke dua
xxx
"kelahiran"
raksa raksa tulang
naik lagi seinci
langkahan tirus
bertambah lagi sekaki
kematian sudah mendepa
tunggu masa mendakap erat
Selamat Hari Jadi kepada aku. Syukur! Kelahiran atas kelahiran.
Cinta Allah yang satu. Cinta mak ayah membawa ke syurga. Cinta manusia sekeliling menyemai kasih. Syukur. Terima kasih atas perkongsiaan rasa cinta. Nikmat mana yang mahu didustakan. Semoga kelahiran akan datang lebih baik #13October2012
p/s: Selamat Hari Jadi kepada insan bertuah Akid dan Aqil. Moga dalam naungan Allah selalu, beroleh kejayaan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aminnnnn...
Hafeez Darraji
Tuesday, October 9, 2012
Tanpa Tajuk
post kali nih aku nak lari dari kebiasaan aku, kebiasaan menulis dengan bahasa bahasa indah lagi puitis. kali ini aku nak bercerita tentang hari yang telah aku lalui. eh, bukan ke blog dicipta untuk kita sampaikan kisah kisah peribadi kita sehingga warna seluar dalam sekalipun?! (baca: bagi sesetengah orang).
so, izinkan aku bercerita...
hari ini hari yang baik, berjalan dengan seorang sahabat Amin namanya. Seorang sahabat yang baik, masih solo, anak yang soleh, abang yang mengambil berat, kacak. setiap kali pagi ke kelas dia pasti menunggu aku, untuk sama sama kami berjalan menuju ke kuliah. walaupun aku selalu lambat dan buat dia tertunggu tunggu, dia sabar menanti. Ibarat jarum jam yang panjang dia masih menunggu aku di situ walau aku si jarum pendek terhegeh hegeh mengejar.
haaaa... itu dah macam cerpen #homoseksual. jadi izinkan aku menceritakan cerita yang sebenar....
hari ini hari yang baik *ini serius.
sejak kebelakangan ini, hobi masa dulu dulu, muda muda dulu yakni membaca bagai mati hidup kembali. Kalau tidak kerana mengulangkaji kitab kitab perubatan, mudah sekali aku habiskan satu buku setebal 200 muka surat cuma dalam masa dua hari. dari novel bergenre cinta, motivasi, agama kepada buku kanak kanak "perlumbaan sang kura kura dan sang arnab" tak pernah aku sombong untuk menghabiskannya. Ya, aku masih keliru sama ada "membaca" perlu di berikan peluang semula untuk mendiami carta hobi aku yang terkini.
dan melalui pembacaan, aku banyak mengetahui, mempelajari, mendapati. dan rupa-rupanya semua pembacaan itu hanyalah bacaan 'kosong' atau bacaan 'tahu' tanpa kita mempraktikkan unsur unsur kehebatan yang terkandung dalam buku itu. yelah, buku bestseller tapi adakah kita sekadar berbangga "aku pernah baca buku bestseller tuh" tanpa kita fahami yang "bestseller" itu bukan sekadar dorongan untuk orang ramai membaca tetapi kerana ada harta didalamnya yang tidak boleh didapati walau kita gali sampai ke lapisan teras dalam sekalipun.
setiap perkataan yang kita baca bukan milik mata dan akal sahaja tetapi ia juga milik setiap anggota badan yang lain yang mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan setiap patah perkataan. dari situ, masa yang kita gunakan untuk membaca dapat dimanfaatkan walau buku itu hanya dibaca sekali lalu atau sekali seumur hidup.
dan aku masih mencuba cuba untuk mempelajari dan mengingati setiap perkataan walau jumlahnya hampir 10,000 dan mungkin 1,000,000 huruf dalam setiap buku dan walaupun ada cubaan cubaan makhluk gelap yang cuba mengagalkannya.
"Knowledge can be called wisdom, when we start using it and benefiting from it. It takes action to transform knowledge into wisdom"
- Ernie J. Zelinski -
p/s: bukan senang senang aku nak letak nama manusia lain selain keluarga aku dalam blog nih. Gila untung kau Amin.
maaf, cubaan (penulisan) untuk lari dari kebiasaan gagal.
aku,
Bed The Mattress
Tuesday, October 2, 2012
Rindu
Rindu
rupanya ruang rindu tidak bersempadan
kau rindu Khaliqmu
aku rindu Muqitku
rindu kita berhubung pada kerinduan itu
berpeluang mencelah
bertemu...
di ruang tanpa sempadan
p/s: sebatang rokok buat pemisah masa
Hafeez Darraji
rupanya ruang rindu tidak bersempadan
kau rindu Khaliqmu
aku rindu Muqitku
rindu kita berhubung pada kerinduan itu
berpeluang mencelah
bertemu...
di ruang tanpa sempadan
p/s: sebatang rokok buat pemisah masa
Hafeez Darraji
Monday, October 1, 2012
Bayangan
tanpa sedar kita hidup dalam bayangan orang lain. bayangan kedua ibu bapa kita atau mungkin bayangan orang yang sangat dekat dengan kita. perangai, kelakuan, cara berpakaian, cara pemikiran dan sebagainya. yang menjadi asas kepada corak hidup kita dalam memakmurkan hari hari sakral. Tanpa kita sedar, kita masih terpaut pada bayangan itu, meniti hari hari dengan bayangan itu.
Lalu kita bangga kita hidup di atas kaki sendiri, sombong dan berlagak atas keupayaan sendiri. tanpa wujud hati yang mensyukuri dan penghargaan berterima kasih. Apa yang dibanggakan dengan bayang bayang sendiri? sedangkan ia juga pergi meninggalkan kita.
dan satu hari bayangan yang kamu warisi itu akan berpindah alir kepada generasi seterusnya. Mereka bukan hidup dengan bayang bayang sendiri. Pasti!
p/s: bagaimana kita meminjam bayangan manusia lain, maka coraklah ia dengan sebaiknya. Kita hanya meminjam.
Hafeez Darraji
Sunday, September 30, 2012
Cinta 1.0
Cinta itu bersifat universal
Cinta pada Tuhan
Cinta pada Nabi
Cinta pada Ibu Bapa
Cinta pada Kanak Kanak
Cinta pada Pasangan
Universal itu boleh diguna pakai
Setiap Hari
Setiap Bulan
Setiap Tahun
Setiap Waktu
Setiap Tempat
Pakai itu boleh dengan apa jua sekalipun
Romantik
Fantastik
Ceria
Duka
Ketawa
Menangis
Cinta itu Fitrah
dari Tuhan buat segala ciptaanNya
dan Fitrah itu sumber Bahagia
p/s: kadangkala kita cuma perlu mengaku yang kita ini hanya manusia biasa. Membuat kesilapan dan cuma perlu mengakuinya. Terima diri kita seadanya.
Hafeez Darraji
Cinta pada Tuhan
Cinta pada Nabi
Cinta pada Ibu Bapa
Cinta pada Kanak Kanak
Cinta pada Pasangan
Universal itu boleh diguna pakai
Setiap Hari
Setiap Bulan
Setiap Tahun
Setiap Waktu
Setiap Tempat
Pakai itu boleh dengan apa jua sekalipun
Romantik
Fantastik
Ceria
Duka
Ketawa
Menangis
Cinta itu Fitrah
dari Tuhan buat segala ciptaanNya
dan Fitrah itu sumber Bahagia
p/s: kadangkala kita cuma perlu mengaku yang kita ini hanya manusia biasa. Membuat kesilapan dan cuma perlu mengakuinya. Terima diri kita seadanya.
Hafeez Darraji
Rahsia
Ada rahsia
yang tidak pernah aku beritahu
tanda aku mensyukuri nikmat
tidak mengungkit talian hayat
tanam biar subur selamanya
dalam jiwa aku
Ada rahsia
seperti Tuhan yang Maha Pencipta
ke atas setiap jalan kaki dua
buat yang yakin
terus sabar menanti gembira
Ada rahsia
yang belum sampai masanya
untuk di khabarkan pada rakyat jelata
perincian dalam dalam
walau ada yang sudah mula bertanya
Ada rahsia
dan ia bertambah dari hari ke hari
masa ke masa
kerana rahsia ini
akan lenyap bila sampai waktunya
p/s; Minggu pertama sesi persekolahan.
Hafeez Darraji
Tuesday, September 25, 2012
Tamat Satu...
Bulan september atau Oktober. Bila ada penulisan baru yang terisi di antara 2 bulan tersebut maka ia menjadi satu petanda yang cuti musim panas aku akan/telah tamat. Usai 2 bulan aku memuaskan nafsu di bandar kotaraya dari menjadi badang dengan muntahnya sehingga pelari jarak jauh di atas jalan raya. ini tahun ke empat aku berulang alik dari tanah tumpahnya darahku ke tempat aku berpayung ilmu yang menanti masa untuk di duga perhentiannya.
tapi aku tidak peduli semua itu, bagi aku cuti musim panas kali ini benar benar terisi dengan senarai panjang seperti nama nama dip dip kehormat dalam satu istiadat diraja. aku benarkan langit langit yang berlapis untuk mewakili tingkat tingkat kepuasan aku dan bintang bintang yang entah berapa bilangannya di angkasa untuk memenuhi petak petak pada borang maklum balas "cuti musim panas 2012".
Bahkan, dapat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Terbaik di Dunia tahun 2008, sudah buat aku mensyukuri dan bersyukur.
Kerna bagi aku, pegangan utuh pada kata kata 'live with no regret' telah membawa aku kepada kegembiraan tahap moksha yang sekarang ini. Seperti Lewis Hamilton yang sudah menjangka perlumbaan terakhirnya. supaya tidak ada satu satu perkara yang dimahukan, terlepas kenikmatannya.
dari Ramadhan yang berkat; perkenalan baharu dengan Tuhan; bersepakat pada tubuh hitam, pertengahan dan putih; memangkah peta peta semenanjung satu persatu dari utara hingga selatan, dari barat ke timur; kekuatan ikatan keluarga dan kawan kawan yang kita suka antara papan tanda yang membawa aku ke destinasi tamat untuk cuti musim panas kali ini.
dan harapan aku, moga manis ini akan menarik semut.
p/s: Jumpa lagi Kuala Lumpur. Jumpa lagi Malaysia.
Hafeez Darraji
Acrylic
beratus ratus warna
dalam satu kanvas
berpuluh puluh berus
bersama span dan alatan lain
ada cerita di sebalik
segi empat sebesar itu
kadang kadang suka suka
main bedal ikut rasa
tidak ada ekspresi
tidak ada sebab
sometimes it just happen
Hafeez Darraji
Monday, September 17, 2012
Manusia Gembira
Buat sementara
biar aku jadi manusia gembira
asalkan aku okay
duit dalam kocek
hidup dalam sederhana
keluarga semua okay
masa depan cantik
hidup jauh dari narkoba dunia
asalkan aku okay
hidup macam tauke
teman ada sentiasa
menyanyi dan karaoke
hidup tanpa masalah dunia
hidup mewah tanpa berhutang
hati bersih tak lupa sembahyang
otak cergas selalu bersenam
muka tenang dengan senyuman
Hidup ini indah, aku kata
Hidup ini indah, ya benar
Hidup ini indah, lawa
ternyata hidup ini indah
buat sementara
biar aku jadi manusia gembira
:D
Hafeez Darraji
Saturday, September 15, 2012
Harapan
bayangannya itu cuma nafsu
kemahuan yang didamba rayu
tutupi
agar tidak lagi berasa perlu
Hafeez Darraji
Surrender
Somehow with the passage of time, and the deadlines that life imposes;
surrending became the right thing to do
p/s: A matter of time
Hafeez Darraji
Wednesday, September 12, 2012
Jagung
rona dalam mojo
berselaput rupa
merungkai satu satu lapisan
buat tahu mata
akan isi dalamnya
p/s; bayangkan hidup seperti sebiji jagung. setiap lapisan kulit yang perlu kita kupas walau payah mana sekalipun tetap perlu dikupas untuk merasa kemanisan jagung itu.
Hafeez Darraji
Monday, September 10, 2012
Manesss
Ujian, bahasanya bisu.
Hadirnya tidak terduga.
Kita tewas dalam gembira.
Kita tersungkur ketika derita.
Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manesss.
Hafeez Darraji
Friday, September 7, 2012
Speaking Words of Life
After each obstacles we going through, we will found more truly about ourselves that we never realized before; even the most simplest thing such as 'shoe size'. Create happiness by knowing ourselves is such a blissful moment that we will appreciate for the rest of the life.
When we take a step out of our comfort zone, sure we will push our limits, and we may feel all the discomforts that come with change, but at least we're growing. And by that I mean learning, and becoming aware of the miracles that come our way; they are all there to teach us something about ourselves and in the end knowing ourselves is really the most important thing because if we know ourselves we know what we want, we know where we are and where we need to go, and we know our power to change and grow.
And we will realize that life truly is less complicated once we take full responsibility for it.
p/s: At my best :)
Hafeez Darraji
Thursday, September 6, 2012
Bias
merenung tajam ke dalam cermin
bawa aku ke satu dimensi
yang muncul hanya refleksi kamu
mewujudkan dunia aku
berpusing dan tetap
pada jalan jalan yang ditempuh
bawa aku kepada penyesalan
biar aku tutup anak mata
cuba kelip seketika
supaya episod itu tamat di sini
meredah dunia dengan tenangnya
bermula semula baru
p/s: tetap pulang
Hafeez Darraji
Wednesday, September 5, 2012
Limbungan
berlanggar bahu bahu kalut
maka semua buat tak tahu
memandang wajah wajah asing
maka semua buat tak tahu
dalam kesempitan perjalanan
keriuhan kiri dan kanan
masih tinggal sebatang tubuh
mencari destinasi dan pilihan
perlahan lahan mengesot kaki
menjengket tulang kecil
biar luas pandangan
asal tidak terlepas pandang
"rona berselaput mojo"
itu sahaja petunjuknya
*rahsia dalam kata kata
p/s: definisi lebih baik itu memakan masa yang amat panjang dan penuh liku liku. Sekurang kurangnya kita sudah berada pada laluan/jalan yang betul. pegang satu perkara; Yakin.
Hafeez Darraji
Monday, September 3, 2012
Video; Raya 2012 celebration
I just love to share the joy and happiness that happens around me and my family. Thank God for giving me such wonderful and supportive family. I feel fortunate to be born in this big family and having 'kampung' as a focal point for us to meet and share our life especially during Hari Raya Puasa eve.
to learn different culture, to live in a house that made by wood, having toilet outside of the house and to have peaceful of mind is what can 'kampung' offer you.
I'm hoping that my future wife and kids can feel and enjoy this 'suasana kampung' like I did.
Video; Raya 2012 Celebration of Allayarham Haji Busu and Haji A Aziz family in Besut, Terengganu.
p/s: HALLAAAAAA!!!
Hafeez Darraji
Sunday, August 26, 2012
Cry of the Borrower
This lump of flesh that I have in my chest,
It beats for the One to whom it belongs to,
But being an ungrateful borrower that I am,
I give it away to one who deserves it not.
For shame! A total disregard of the Owner!
Such a beautiful Owner, Who is still there,
Even though I gave it away, more than once,
He is there, willing to recover a broken item.
Now, I hold on to it close. Lock it so tightly,
Trying so hard not to give you the golden key,
Realize this, I am merely a poor key keeper,
Entrusted by the Keymaker to keep it safe.
Until one day. That day. How I long for that day!
That blessed day when the keys switch hands,
Please, keep mine safe! I will keep yours safer,
Unlock the hearts, for His permission was earned.
by aiman azlan 31.12.2011
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
ikhlas; Hafeez Darraji
Wednesday, August 15, 2012
Program Tunas Muda & Tautan Kasih
A photo(s) update on my experience to live and be friend with masyarakat orang Asli at Kampung Pos Bersih, Ulu Slim Perak.

We reached Kampung Pos Bersih around 9PM.
After breaking our fast we were divided into 4 groups;
Alpha (Pos 3), Beta (Pos 2), Charlie (Pos 1), Delta (Gersau)

Next day, we are given a 'uniform' to be wear till the end of the program.

This is our campsite (Charlie's), been set up by our self a night before.

Short briefing by Sir Rozaidi & Papa Joe

Tok Batin Sani (wearing blue)
It is compulsory to meet up with 'tok batin' or ketua kampung and ask his permission to do program(s) in his village.

Our first task is profilling. Collecting data of every families that occupied or stay in the village.
We divided our group into 2 units; Charlie A & Charlie B.

Profilling 1

Profilling 2

Some of 'Orang Asli' kids ask for photo while we on duty (profilling).


Dr Azuan (wearing black vest) checking one of the patient
Our next task is to set our own mobile clinic.
General check up for the villagers.

Salman measuring height & weight of patient

Fadia taking blood to measure patient 'glucose level'

View from outside Clinic

We Cooks our own food for break fast.
Meatball & Rendang.
Meeting & discussing on tomorrow programs

Next morning,
Abah Hamzah & Abah Dahalan shares their experience while serving for Malaysian Army (Commando 69)

Around 2.00PM; we distribute some foods for the villagers.
(rice, coffee, soy ketchup, sardine, etc)

Acheng and the kids.
Then, we proceed with activity for the kids.

'Malay Traditional' bowling

Quiz

Musical Chair

Colouring

We manage to attract the teenagers to join our activities which is football tournament.
Two out of six teams that enrolled for the tournament.
Some of activities on the evening been cancelled
(hygiene program, break fast with Orang Asli, etc)
because of the rain.
At the end of the program we take some time and 'chillax' by the river

We are Sahabat MRA !

Peaceeeeee

Last but not least, my favorite kid; Sanusi
Besides looking for a new experience, friends, having fun or maybe influence (in future) there are more important things than that, which is to learn others culture, life & socioeconomy and the most important is to give what you can give.
"Cintailah saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri"
p/s: be a part of solution
thanks to Yok Terbang and his family, Tok Batin Sani and all the villagers. Big salute to all Charlie team members and also to all participants. Not to forget a big gratitude and thanks to all MRA's trainers.
Hafeez Darraji























